Followers

Wednesday, January 2, 2013

Adam dan Hawa


Tajuk Novel : Adam & Hawa
Penulis           : Aisya Sofea
Penerbit        : Grup Buku Karangkraf Sdn. Bhd.
Tahun Cetakan Pertama : 2006
Bilangan Muka Surat        : 495
*Sinopsis         : Ain Hawani, zaman solonya ternoktah pada usia remaja. Hanya kerana silap perhitungan, timbul prasangka buruk, menyebabkan dia dan Adam Mukhriz terjerat. Rayuannya tidak dipedulikan. Lelaki itu pula diam membisu, seolah-olah benar apa yang berlaku. Akhirnya, ijab kabul antara mereka terlafaz dalam paksa dan tanpa rela. Sayangnya, hubungan suami isteri ini hanya tertulis di atas kertas sahaja. Ain yang kecewa, pergi jauh mencari harga diri. Adam yang ditinggalkan, menghitung hari-hari nan sepi. Setiap saat rindunya terus melimpah. Namun Ain tidak pernah berpaling melihat cinta yang mekar di hatinya. Ah... Adam pasrah! Semua itu salahnya kerana tidak berani memaknakan kata-kata.
Setelah lapan tahun pergi dan menanti, Ain dan Adam dipertemukan di depan Masjidil Haram. Bagi Adam, kebetulan ini memang didoakan sekian lama. Ain pula terus membenci dan menganggap ikatan mereka sudah terputus. Hanya lafaz Adam yang ditunggu. Tapi tegarkah Ain? Sejak pertemuan itu, hati Ain berbolak-balik. Nafasnya bagai berombak, perasaannya jadi gementar dan hidupnya sudah tidak keruan hanya kerana Adam. Benarkah dalam hati ada cinta? Tapi keegoannya cuba menidakkan. Ingin diluah, mulut tak terkata. Ingin disimpan hati tak tertanggung.

Bagi Adam, dia tetap menanti Hawanya biarpun lapan tahun lagi...
 

Ulasan Novel :
Sebuah novel yang menyelami suka duka hidup seorang wanita bernama Ain Hawani yang ditakdirkan bertemu jodoh di usia muda tanpa kerelaan hatinya. Bermula dengan watak yang ceria dan naif tetapi mempunyai matlamat hidup, watak Ain ini berubah menjadi seorang wanita yang keras hati setelah dia ditangkap khalwat bersama Adam Mukhriz sehingga dipaksa berkahwin dengan lelaki yang dianggapnya kaki perempuan itu. Watak Ain yang keras hati dan tetap dengan pendiriannya untuk meninggalkan suaminya, serta kesetiaan Adam menanti isteri bertahun-tahun lamanya, menjadi tarikan utama novel ini yang mampu membuatkan pembaca khusyuk dan tertanya-tanya apakah kesudahan cerita antara Adam dan Hawanya itu. Watak-watak sampingan seperti watak teman-teman Ain iaitu Azie dan Johan menjadi “penambah rasa” kepada novel yang sarat dengan mesej ini. Ain yang keras hati dan berwawasan, Adam yang sabar dan “gentleman”, Azie yang keanak-anakan serta Johan yang menaruh hati pada Ain. Semua watak-watak ini berjaya menghidupkan novel karya Aisya Sofea ini.
Selain jalan ceritanya yang tampak begitu lancar dan menarik, maklumat dan fakta tentang dunia penerbangan, tempat-tempat di Perth, Australia serta di Tanah Suci Makkah yang diselitkan di dalam novel ini juga harus diberi pujian kerana menunjukkan ketelitian penulis yang bukan hanya ingin mengusik perasaan pembaca malah ingin berkongsi sedikit ilmu.
                Keseluruhannya, penulis cuba menyampaikan mesej bahawa pentingnya kepercayaan kepada qada’ dan qadar Tuhan di samping berkongsi cerita asam garam berumah tangga dan kepentingan menjaga persahabatan. Satu lagi tarikan pada novel ini adalah Segmen Ilmu yang terdapat pada halaman 493 sehingga 495 di mana penulis berkongsi maklumat tentang syarat kelayakan juruterbang, maklumat tentang jenayah Khalwat serta tip kebahagiaan Adam dan Hawa.
*Sinopsis diambil daripada kulit buku novel Adam & Hawa.

Monday, December 24, 2012

Angel of the Dark

Book Title : Angel of the Dark (Sidney Sheldon's)
Author       : Tilly Bagshawe
Publisher   : HarperCollins
Year of Publication  : 2012
Place of Publication : Great Britain
Number of Pages     : 389
Sneak-Peek             : When an elderly multi-millionaire is found brutally murdered in Hollywood, and his young wife raped and beaten, the police assume the motive is robbery. Unable to find the perpetrators, the case is soon closed. A decade later, in different cities around the globe, three almost identical killings take place. In all cases the victim is an elderly male, wealthy, and newly married. Again his wife is found severely injured at the scene. At first it is thought they might be copycat killings, but it soon becomes clear that this is one deadly female killer, code named the Angel of Death by the police.


Book Review :

      A can't-put-it-down novel from Sidney Sheldon's collection. The two main characters, Sofia Basta and Frankie Mancini were created in such a way that they became a great team of murderers with a unique, unbelievable way of trapping and killing innocent victims. Their targets were elderly multi-millionaires. Sofia was a sweet, innocent character designed to attract the multi-millionaires with her gorgeous look while Frankie was the mastermind behind the murders. Once Sofia has got the millionaires to marry her, that's when they started to kill. The millionaires beaten to death while their wives - Sofia - raped and beaten by Frankie. Surprisingly, the motive of the murders was not money! In a way the author was trying to convey the message that childhood memories do have a huge impact on someone's personality and life's direction.

     From Hollywood to Europe and Asia, identical killings happened and nobody realized this connection until the son of the very first victim appeared to seek justice for his father - a decade after his father's death. But what will happen when the son got attracted to the gorgeous Sofia? When the two killers were caught during an attempt to kill a millionaire in India, that's when the game truly began. 

      "Who killed Andrew Jakes, Sofia? Was it Angela or Frankie? Or did they both do it together?"

      Sofia answered without hesitation. "It was Frankie." She broke down in sobs.

      "That's a lie!" Mancini jumped to his feet. "This is bullshit, it's a fucking performance. She chose Jakes as the first kill. She picked him out, not me!"

      For those who like mysterious, suspense and thrilling stories, this book is highly suggested and will not let you down. You will find yourself so much into the book that you might feel as if you are living in Sofia's and Frankie's world. Do expect a shocking twist at the end too. Very-well written novel. Thumbs up!