Tajuk Novel : Adam & Hawa
Penulis : Aisya Sofea
Penerbit : Grup Buku Karangkraf Sdn. Bhd.
Tahun Cetakan Pertama : 2006
Bilangan Muka Surat : 495
*Sinopsis : Ain Hawani, zaman solonya ternoktah pada usia remaja. Hanya kerana silap perhitungan, timbul prasangka buruk, menyebabkan dia dan Adam Mukhriz terjerat. Rayuannya tidak dipedulikan. Lelaki itu pula diam membisu, seolah-olah benar apa yang berlaku. Akhirnya, ijab kabul antara mereka terlafaz dalam paksa dan tanpa rela. Sayangnya, hubungan suami isteri ini hanya tertulis di atas kertas sahaja. Ain yang kecewa, pergi jauh mencari harga diri. Adam yang ditinggalkan, menghitung hari-hari nan sepi. Setiap saat rindunya terus melimpah. Namun Ain tidak pernah berpaling melihat cinta yang mekar di hatinya. Ah... Adam pasrah! Semua itu salahnya kerana tidak berani memaknakan kata-kata.

Setelah lapan
tahun pergi dan menanti, Ain dan Adam dipertemukan di depan Masjidil Haram.
Bagi Adam, kebetulan ini memang didoakan sekian lama. Ain pula terus membenci
dan menganggap ikatan mereka sudah terputus. Hanya lafaz Adam yang ditunggu.
Tapi tegarkah Ain? Sejak pertemuan itu, hati Ain berbolak-balik. Nafasnya bagai
berombak, perasaannya jadi gementar dan hidupnya sudah tidak keruan hanya
kerana Adam. Benarkah dalam hati ada cinta? Tapi keegoannya cuba menidakkan.
Ingin diluah, mulut tak terkata. Ingin disimpan hati tak tertanggung.
Bagi Adam, dia
tetap menanti Hawanya biarpun lapan tahun lagi...
Sebuah novel yang menyelami suka duka hidup
seorang wanita bernama Ain Hawani yang ditakdirkan bertemu jodoh di usia muda
tanpa kerelaan hatinya. Bermula dengan watak yang ceria dan naif tetapi
mempunyai matlamat hidup, watak Ain ini berubah menjadi seorang wanita yang
keras hati setelah dia ditangkap khalwat bersama Adam Mukhriz sehingga dipaksa berkahwin
dengan lelaki yang dianggapnya kaki perempuan itu. Watak Ain yang keras hati
dan tetap dengan pendiriannya untuk meninggalkan suaminya, serta kesetiaan Adam
menanti isteri bertahun-tahun lamanya, menjadi tarikan utama novel ini yang
mampu membuatkan pembaca khusyuk dan tertanya-tanya apakah kesudahan cerita
antara Adam dan Hawanya itu. Watak-watak sampingan seperti watak
teman-teman Ain iaitu Azie dan Johan menjadi “penambah rasa” kepada novel yang
sarat dengan mesej ini. Ain yang keras hati dan berwawasan, Adam yang sabar dan
“gentleman”, Azie yang keanak-anakan serta Johan yang menaruh hati pada Ain.
Semua watak-watak ini berjaya menghidupkan novel karya Aisya Sofea ini.
Selain
jalan ceritanya yang tampak begitu lancar dan menarik, maklumat dan fakta tentang
dunia penerbangan, tempat-tempat di Perth, Australia serta di Tanah Suci Makkah
yang diselitkan di dalam novel ini juga harus diberi pujian kerana menunjukkan
ketelitian penulis yang bukan hanya ingin mengusik perasaan pembaca malah ingin
berkongsi sedikit ilmu.
Keseluruhannya, penulis cuba menyampaikan mesej
bahawa pentingnya kepercayaan kepada qada’ dan qadar Tuhan di samping berkongsi
cerita asam garam berumah tangga dan kepentingan menjaga persahabatan. Satu
lagi tarikan pada novel ini adalah Segmen Ilmu yang terdapat pada halaman 493
sehingga 495 di mana penulis berkongsi maklumat tentang syarat kelayakan
juruterbang, maklumat tentang jenayah Khalwat serta tip kebahagiaan Adam dan
Hawa.
*Sinopsis diambil daripada
kulit buku novel Adam & Hawa.